Wednesday, 7 December 2011

sleep problem


Adakah anda mempunyai masalah tidur? Apakah jenis-jenis masalah yang mungkin anda alami? Didalam artikel ini akan menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengapa anda mengalami kesukaran untuk tidur. Antara jenis-jenisnya adalah..
Insomnia- Jenis insomnia yang menyebabkan anda berjaga sepanjang malam atau awal pagi disebabkan oleh kedua-dua faktor luaran dan dalaman, kenyataan daripada Dr Yan-Go, seorang ahli saraf dan psikiari, serta pengarah perubatan dari UCLA Sleep Disorders Center. Jika masalah tidur anda menjadi kronik, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan kerana insomnia juga boleh menyebabkan kematian.
Sleep Apnea- Sekiranya anda bangun pada waktu pagi dan masih berasa mengantuk, berperasaan mudah marah, sedih, pelupa, dan sakit kepala, berkemungkinan anda mempunyai sleep apnea, merupakan suatu gangguan pernafasan tidur. Kebarangkalian pengidap penyakit ini adalah 20 juta orang daripada penduduk bumi dan terutamanya ketika seseorang yang sedang hamil. Ada tiga jenis apnea tidur: obstruktif, pusat, dan kompleks.
Jet Lag- Terdapat 15 juta daripada kita yang terbang merentasi beberapa zon masa setiap tahun, dianggarkan dengan 500,000 orang akan berada di udara pada setiap saat. Dan bagi seseorang yang terbang lebih daripada beberapa zon masa terutama mereka yang terbang dari barat ke timur di seluruh dunia, jet lag boleh menjadi suatu cabaran yang serius. Ia akan membuatkan kita pening, dan mengganggu tidur kita.
Narkolepsi- Narkolepsi adalah disebabkan oleh kesalahan genetik yang menghalang tubuh daripada menyerap atau menghasilkan cukup hypocretin neurokimia. Antara contoh narkolepsi adalah apabila otak sedang tidur dan menyebabkan tingkahlaku menjadi tidak menentu. Berkemungkinan seseorang itu akan tiba-tiba terjatuh beberapa kali sepanjang hari disebabkan mereka tertidur pada waktu yang tidak diduga atau sebaliknya, bangun tiba-tiba sepanjang malam.
Monopause- Seseorang wanita yang semakin hampir dengan monopause akan menyebabkan jumlah jam untuk mereka tidur lebih sedikit. Berdasarkan pendapat daripada National Sleep Foundation, para wanita benar-benar berhenti saat pengeluaran darah haid adalah antara usia 45 hingga 51 tahun. 61 peratus wanita yang telah monopause melaporkan bahawa mereka tidak boleh tidur atau terus berjaga untuk beberapa malam dalam seminggu.

1 comments:

Raizan_2317 said...

ko xleh tido sebab monopause kan? ahaha! aku kena sleep apnea. Sebab tu xbgun main futsal td.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...