Saturday 1 December 2012

New POST new thing

Assalamualaikum!

 Hello guys, Its been a while! :D dah lame x post pape dalam blog ni :), so saje2 je la nak bkk, bkk2 tgk blooger dah berubah dah, sebenarnyer x de pape pon nak cite, cme nak cite arini kawan sye perkenalkan laman web baru kat sye, ask.fm kat sane ogr boleh tanyer kite macam, sye baru cube2 je, kawan sye dalam laman web tu pon skit je bru 31 org, soalan yg saye tanyer dorang pon soalan bodoh je, sye tanyer tinggi dorang brape, ade yg balas ade yg x balas, its up to them, itu hak dorang sye x kesah pon, oo btw lagi seminggu lagi sye akan melanjut kan pelajaran sye di perak dalam bidang kejuteraan perkapalan, hope dapat deliver la subject tu dgn baik, x mau sangkut2, x sabar nak masuk dalam enviroment baru, di samping rase berdepon pon ade, urm... rase nyer sampai sini je la kot entry utk kali ni, klo ade mase dan bende2 baru sye akan update lagi, 
ASSALAMUALAIKUM
X0X0 :)

Wednesday 4 January 2012

Simple tips 3:Tips mengemas pakaian utk bercuti


Sebeum tidur, tuan kedai ada satu tips utk para travelers, kalau nak pegi melancong, kemas pakaian dgn cara menggulungnya, ini kerana ia boleh memberikan byk ruang dalam bagasi anda disamping menghindarkan kesan lipatan, selamat mencuba

Fenomena yang baik(fixie)


Baru- baru ni tuan kedai ada la turun ke bandar, bkn ape, saje je jln2 utk hilang kan kebosanan, maklum lah lpas SPM ni x de wat aktiviti sgt, dalam tgh syok2 pusing2 bandar tu, adalah tuan kedai ternmpak sekumpulan remaja ni, apa yang menarik perhatian tuan kedai ialah kederaan yg di tunggang oleh mereka iaitu sejenis basikal yg dikenali sebagai FIXIE, yg menarik nyer, fixie ni mempunyai warne yang pelbagai dan menarik mcm ais krim pon ada gak tuan kedai tgk, sdap plak rase. Bila balik umah je, tuan kedai trus surf tenet utk tau lebih lanjut mengenai fixie ni, mari kita imbas sedikit sejarah fixie ni.

1.Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
2.Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
3.Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
4.Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
5.Basikal fixie tidak mempunyai gear (maksudnya Fix gear lah kot? )
6.Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal. (member aku cakap RM300 pun dah ada..)
7.Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
8.Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersediri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
9.Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana pada basikal biasa anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
10.Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.
Fakta yang menarik nyer mengenai fixie ni, ia boleh reverse walaupun x de gear reverse,
So, kelebihan fixie ni ialah ia dapat menyihatkan tubuh badan, disamping itu, ia juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, bayangkan klo semue penduduk bumi menggunakan fixie, kompem bumi x de global warming ngan kesan umah ijau, ais kat kutub pon x de la cair, tuan kedai berharap, fenomena ini akan terus berleluasa ke setiap masyarakat kerana ia amat berfaedah
jadi klo ade pape cadangan komen la ye


Monday 19 December 2011

Simple tips 2:teknik emergency kalau tayar motor pancit


pernah kah tayar motor korang pancit kat highway dan x de ape2 dan sape2 yg dpt membantu,yg ade cme peralatan asas je mcm spanar ngan pemutar skru, disini tuan kedai nak bg satu tips, simple je, lalang2 yg kat tepi high way tu, korang tebang byk2, pastu korang sumbat dlm tayar korang bg padat, boeh la membantu utk sampai ke R&R atau kedai tayar

selamat mencuba hehe

Saturday 17 December 2011

Simple tips 1: cara untuk hilangkan stress!

peluk bayi

tengok ikan perhiasan

belai kucing

tips di atas dpt menghilangkan stress

tips hilangkan kekecewaan putus cinta!(^_^)


Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

lirik diatas menerangkan mengenai kekecewaan seseorang yg putus cinta.

CINTA?

Hanya satu perkataan, tetapi membawa maksud yg byk dan mendalam, cinta dpt di spesifikasikan kepada byk jenis.
Cinta yang paling kerap di dengar ialah cinta sesama manusia, tetapi cinta yg paling agung ialah cinta kepada allah.Cinta sesama manusia ini tak sempurna dan pasti akan berlaku kekecewaan

Disini ada beberapa tips utk menghilangkan kekecewaan putus cinta:

  1. menangis adalah salahsatu cara untuk seseorang mengekspresikan perasaan mereka samada sedih atau pun gembira,bagi mereka yg telah putus cinta, menangis lah sepuas-puasnya untuk lepaskan perasaan kecewa anda itu, cara ini digalakkan untuk golongan wanita(lelaki pon apa salahnya)
  2. Bagi lelaki pula,terdapat byk cara yang sesuai utk hilangkan perasaan kecewa itu memandangkan lelaki yg lebih bersifat flexible,cara yg tuan kedai cadangkan ialah pergi menonton pelawanan bola sepak di kedai mamak walaupun perlawanan itu tidak melibatkan pasukan kegemaran anda,bersoraklah sekuat hati apabila gol dijaringkan tidak kiralah pasukan yg mana yg menjaringkan gol itu,dgn sorakan itu mudah-mudahan dpt menghilangkan kekecewaan itu.
  3. Cara yg terakhir ialah kembalilah pada yg satu, pohonlah kekuatan dan petunjuk darinya








Thursday 15 December 2011

khasiat susu kambing

Minuman kegemaran Rasulullah

[Image: susu%2Blagi.jpg]

Rasulullah gemar minum susu kambing. Pernah suatu ketika sahabat Nabi iaitu Abu Bakar as-Siddiq berjalan bersama Rasulullah SAW ketika mereka keluar dari kota Makkah menuju Madinah. Ketika itu Rasulullah SAW benar-benar berasa haus. Lalu Abu Bakar pun memerahkan sedikit susu untuk baginda. Susu itu kemudian dibawa kepada Nabi dan baginda meminumnya dengan gembira.

Khasiat susu kambing

- Kalsium sangat penting semasa peringkat pertumbuhan seperti kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

- Kandungan kalsiumnya yang lebih tinggi berbanding susu lembu.

- Disyorkan pada golongan yang alah pada susu lembu.

- Dapat meningkatkan aliran susu bagi ibu yg menyusukan bayi.

- Paling hampir dapat menggantikan susu ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...