Wednesday, 27 July 2011

Kegagalan dan Kemenangan

Jika kau fikirkan kau boleh                                            
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan




Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh




lirik di atas menunujuk kan bahawa tiada yang mustahil untuk di lakukan


INGATLAH!


Kegagalan bukan bermakna kita telah gagal,
Ia bermakna kita belum lagi berjaya,


Kegagalan bukan bermakna kita tak dapat apa-apa,
Ia bermakna banyak benda telah kita belajar,


Kegagalan bukan bermakna kita telah diperbodohkan,
Ia bermakna kita ada keyakinan untuk mencuba sesuatu,


Kegagalan bukan bermakna kita lemah dan tak berdaya,
Ia bermakna semangat juang kita telah dicabar,


Kegagalan bukan bermakna kita telah diaibkan,
Ia bermakna kita berani meneroka bidang baru,


Kegagalan bukan bermakna kita tak dapat apa-apa kejayaan,
Ia bermakna kita perlu lakukan sesuatu dengan cara lain,


Kegagalan bukan bermakna martabat kita telah tercalar,
Ia bermakna kita bukanlah sempurna,


Kegagalan bukanlah bermakna kita telah membazir hidup,
Ia bermakna kita ada alasan untuk memulakan kehidupan baru,


Kegagalan bukanlah bermakna kita perlu menyerah kalah,
Ia bermakna kita perlu usaha lebih kuat,


Kegagalan bukan bermakna kita tak mungkin berjaya,
Ia bermakna banyak lagi usaha yang perlu kita curahkan,


kerana..... orang yang tak pernah gagal
adalah mereka yang tak pernah buat apa-apa!







1 comments:

Raizan_2317 said...

Blog ko lawa....tapi gambar Goo hara tu aku rase xperlu la sampai dua. yang belah kiri tu, xyah ade pun xpe...menyemak dan mematahkan minat org yang ingin baca entry ko tu. Ko jgn lupe,,,,bukan semua orang suka goo hara. Goo hara belah kiri tu just menghalang tulisan entry kau je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...